Tuesday, May 31, 2011

Apa Khabar Jodohku..????

salam kawan2...
dhiya terjumpe satu artikel yang menarik bg dhiya..
let me share with u all....=)

Apa khabar jodohku?

Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?

Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.

Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.

Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku, sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.

Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.

Jodohku, aku rindu..

Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.

Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku..

Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.

.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.

Jodohku..

Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.

Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.

Jodohku..

Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.

Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.

Jodohku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.

Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.

Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.

Jodohku..

Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.

Jodohku..

Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

sekian terima kasih..=)

Thursday, May 26, 2011

Perjuangan Yang Belum Selesai

Assalamualaikum everyone...=)
hopfully semuanya sihat2 okeyh....

this is my last entry before dhiya masuk kampus balik...
next week hari isnin...
dhiya akan menyambung perjuangan dhiya yang belum selesai...
final sem....
omg..!!macam x percaya jew...
dah last sem rupenya dhiya...
(sambil tampar2 pipi yg makin gebu..) =p

alhamdulillah....
final sem is the killer sem...
oleh itu...
dhiyamyra harus berusaha lebih gigih..!!!
chaiyok3..!!!

bila dah masuk kampus balik...
agak ssh utk dhiya nak mengupdate blog...
al-maklumlah....
banyak kerja yang sudah menunggu...=)
but...
dhiya akan cube mengupdate n3 trbaru...
insyaAllah...

hari niyh dhiya kemas barang2...
esok pagi...
dhiya akan bertolak balik manjung...
and hari ahad....
mendaftar kan diri dan bergelar pelajar semula....=)

wish me luck ya....
doakan dhiya berjaya mengharungi final sem niyh dgn jayanya....
thanks people...=)

~gtg~
salam n bubye..

Wednesday, May 25, 2011

Syukur Alhamdulillah


Assalamualaikum....
pertama sekali....
syukur alhamdulillah ya Allah....
terima kasih diatas kurniaanmu....

setelah berhempas pulas...
akhirnya dhiya berjaya jugak...
tahniah kepada semua classmate yang berjaya....
usaha kita semua berbaloi...

kepada yang dekan....
congrates korang....
bertambah meriah lah anugerah dekan sem niy....=)
kepada yang lain...
tahniah jugak...
usaha lagi sem depan ye...=)
insyaAllah....
sem depan dekan utk kita semua okeyh.....=)

Tuesday, May 24, 2011

Aktiviti Di Hari Cuti


Salam kawan2...
hari niyh dhiya nak share ngan korang semua...
aktiviti dhiya kat kampung weekend hari tu...

Last week dhiya balik kampung...
memandangkan dhiya dah beberapa bulan x dapat balik...
so weekend hari tu memang dhiya melepaskan rindu betul2 kat kampung...
suasana yang hening...
hohohoho bestnya...

macam biasa bila dah boring2 x dew aktiviti nak buat...
ktorg sepupu2 niyh pakat pergi copping lah kan...
ape ag...
dan yang jadi driver x bergaji opkoslah dhiya kan...=p

time pergi copping tu sempat gak lah my kazen grab cermin mata niyh...
kat kedai rm2 jew...
hahahahha....

dan berbekalkan spek merah keramat niyh....
ktorg memulakan sesi photoshoot ktorg...
hahahahah....

opkos lah dhiya yg rasmikan dulu sesi photoshoot tu kan...=)

diikuti oleh my brother....
bajet encem lah kau ye...
hahahha...=p

then baru tuan punya spek mata....
org pakai spek merah...
kau pakai spek hitam...
aduyaii....

then berbalik pada dhiya balik...
kali niyh spek hitam plak...
ttiba terasa diri ini chumell lah plak...
wakakakakakaka....
perasaan nya kau dhiya...=p

with my brother...=)

nurin and me....=)

my brother ag....=)
kakak pendek dari adek...
ssh nak terima kenyataan...=p

my little sister....=)

my little cousin..
farina..=)

kakak kpd farina....
qamarina and me....=)

qamarina and farina...=)

alya and farina...=)

cik nurin yg bajet chumell...
hahahahha...
jgn marah ye dik...=p

last but not least...
dekat celah pokok rambutan pown jadi nak posing...
hahahahahah...=)

walaupown dhiya dapat balik 2 hari jew...
tp rase seronok sgt2...
dapat jumpe baby baru...
dapat lepaskan rindu pada nenda tersayang...=)
dapat round2 kampung naik moto...
best3.....

lepas niyh...
raya baru dapat balik kampung ag...
x sabar nak tunggu raya....
hohohohohohohoh....=)

sekian terima kasih....

Monday, May 23, 2011

Kelahiran Mereka Dinanti

assalamualaikum everyone...=)
hopefully semuanya dalam keadaan baik2 aja ya...
hari niyh dhiya nak share ngan korang sume pasal si comel darwish dan irdina...=)
kelahiran mereka sgt2 dinantikan dalam keluarga besar kami....

alhamdulillah.....
baru2 niyh dhiya dapat anak sedara baru and sepupu baru....
happy sangat time tu....
mase mama bgtau cu dgn kak umi dah bersalin....
dhiya lah org yang paling happy....
x sabar nak balik pahang jumpe baby2 niyh....
terlebih excited plak...
hahahahha...=)

Muhammad Darwish Darwani...
permata hati abg hafiz and kak umi....
congrates to both of u.....=)
bertambah ag sorg anak sedara dhiya...=)

Nur Iman Irdina....
buah hati cu and pakcu...
congrates for both of u....=)
my new cousin...=)

Irdina with kakak dhiyanya...
(sempat posing2 ag..abaikan some1 kt blkg dhiya tu eh..)
hahahhaha.....
excited nak pegang baby....
nampak sangat kekok kau dhiya....=p

Si comel Irdina yg akhirnya terjaga dikejutkan oleh kakak dhiyanya...!!!!!!
hhahahahhaha....
cian irdina nak tido kene kacau ye.....=p

ok...
itu jew yg dhiya nak share hari niyh...
gtg...
bubye and salam...=)


Monday, May 16, 2011

Sentiasa Merindui Mereka....


Salam everyone..

Hopefully semuanya sihat-sihat ek..!!

Dikeheningan ini, taktala hati sentiasa mengingati dan merindui mereka semua…

Izinkan dhiya mencorat-coret tentang mereka yang istimewa di hati dhiya…

Al-kisahnya…..

========================================================================

2 Januari 2011

As usuall, pagi-pagi lagi dhiya da bangun and do the last preparation b4 mama ngan abah hantar dhiya balik kampus…

Hari niyh bermulanya sesi pendaftaran untuk dhiya semester 4…

Dengan semangat yang berkobar-kobar, bermulalah perjalanan dhiya pulang ke kampus...

Tiba di kolej, dhiya terus memerah otak mengingati no bilik yang dhiya dapat..

Finally yes..!! m1005..

Perjalanan yang diatur menuju ke singahsana m1005…

Tuk3…

Assalamualaikum..

Terpamer riak gembira bila dapat jumpe AINI balik…

Yes..!!!! ktorg sama bilik untuk sem niyh…

After 2 sem ktorg same bilik…sem 3 terpisah and finally sem 4 ktorg became a roomate again..!!!!!

Yeah happy x terkata….

Terima ksaih kolej indera mulia..!!!!!

At the same time, ACUE pown ada dalam bilik…

Dhiya pandang2 ACUE sambil cenyum2….

Terdetik dalam hati ketika tu…

“aku roomate dengan president block lah sem niyh….senior part 6 account plak tu….”

Then kemas2 barang yang ada…

Sambil mama sembang2 ngan ACUE…

Dhiya buat dek jew….

Bukan sombong….

Tapi masih malu2 kucing…

Hahahahahha…=p

After daa ciap kemas2 semua….

Baru dhiya perasan yang katil ada ag 1 kosong….

Baru dhiya teringat yang dhiya dapat bilik 4 orang…

Malam tu baru roomate baru dhiya ag sorang sampai…

She from Johor…

OMELL….

Yes..!! itulah gerangannya…

Part 6 account…

“Dia” kawan kepada OMELL…

“Dia” bukan roomate kami….

Tapi ”Dia” selalu bersama kami….

“Dia” juga selalu menceriakan hari2 kami…

Dialah NANIE…..

Also part 6 account…

Penghuni m1005 secara tidak rasmi…=)

=======================================================================

Maka bermulalah rutin harian dan perjalanan hidup kami bergelar pelajar untuk sem niyh….

Hari2 kami lalui dengan penuh sabar dan tabah…

Hari2 inilah yang mengajar kami tentang erti hidup….

Hari2 ini jugalah yang mendewasakan kami…..

Almost everyday kami bergelak ketawa sama2…

Pergi dewan makan dan makan sama2….

Bergussips sama2….

Ada jew cerita terbaru masing2…

Bergurau senda sama2….

Kalau boring….

Kami akan keluar sama2….

Cuci2 mata….

Cuba fesyen2 terbaru yang macam2 gaya tu….

Itulah kami….

Kami yang sentiasa susah senang sama2….

Kami yang sentiasa menangis ketawa sama2….

Kami yang sentiasa kuat makan sama2….

Kami yang sentiasa gila2 sama2….

Itulah kami…..

Disinilah kenangan indah kami tercipta….

Sampai satu saat...

========================================================================

28 APRIL 2011

Akhirnya….

Hari ini muncul jua…

Hari yang akan memisahkan kami semua…

Walaupun hati ini berlagu gembira kerana final exam sudah melabuhkan tirainya…

But at the same time….

Masih ada rasa sayu untuk pergi meninggalkan mereka semua…

Mereka semua yang dhiya sayang macam adik beradik dhiya sendiri….

Walaupown dhiya baru 1 sem bergelar roomate kepada OMELL dan ACUE…

Dan baru 1 sem berkenalan dan bersahabat dengan NANIE….

Tapi rasenya macam dah lame kami berkawan….

This sem is final sem for ACUE, OMELL and NANIE…

After this….

X tau lah boleyh jump ag ke tidak…

Di saat ini….

Diri ini masih lagi merindui perangai gila2 OMELL….

Diri ini masih lagi merindui air kopi yang ACUE buatkan…

Walaupown dhiya x minum kopi…

Tapi bau aroma kopi ACUE tu x dapat dhiya lupakan…=)

Diri ini juga masih lagi merindui gelak ketawa AINI….

Diri ini juga masih merindui gussipss2 terbaru NANIE…=p

======================================================================


AINI….dia org pertama yang dhiya jumpe bila menjejakkan kaki ke uitm….

AINI…dia org yang banyak dan rajin dengar coloteh2 dhiya….

AINI…dia org yg banyak kongsi suka duka bersama dhiya sepanjang kami di uitm..

Itulah AINI roomate merangkap sahabat dhiya dunia akhirat….=)


ACUE….roomate baru dhiya utk sem 4….

ACUE….yang kadang2 garang jugak….

ACUE….yang suka buat air kopi utk kami….

Itulah ACUE yang dhiya sayang….=)



OMELL….some1 yg gila2…

OMELL….yg suka gelak….

OMELL….yg suka kacau org….

OMELL….yg banyak ajar dhiya jd some1 yg slumber…

Itulah OMELL yang sentiasa dhiya rindui…=)

NANIE….yang kudut…..

NANIE….yang suka gelak…..

NANIE….yang gila2 jugak….

NANIE….yang slalu bergussips dgn dhiya….

Itulah NANIE yang dhiya kenal…=)


Buat ACUE, OMELL, AINI dan NANIE….

Thanks for being my best best best roomate in the world… !!!

Doa dhiya semoga kita semua akan dipertemukan lagi suatu hari nanti…

Hopefully our friendship will never be end..!!!!!

=======================================================================

Tuhan...

Kumohon kepadaMu…

Sentiasalah berkati sahabat ini dalam apa jua yang dilakukannya….

Janganlah pernah meninggalkannya keseorangan kerana dia amat memerlukan cinta kasihMU…

Pimpinlah setiap langkahnya agar dia terhindar dari segala macam bahaya dan kejahatan..

Aku mohon semua ini kerana aku menyayangi sahabat ini….

AMIN…..

We met…

It was LUCK…

We talked….

It was by CHANCE…

We become friend…

It was DESTINY….

We are still friends…

It is DECISION….

We will always be friends…

It was PROMISE….

Dalam persahabatan…

Walau tiada perkhabaran….

Walau tiada pertemuan…

Walau tiada perutusan….

Namun….

Keikhlasan dan secebis ingatan…

Sudah cukup untuk menjamin ikatan yang kekal berpanjangan….

Wednesday, May 11, 2011

Finally It Comes....

salam everyone....
huhhuhu dah lame kan dhiya x update blog....
rindu giler kat blog daku niyh....
actually hari tu...
dhiya nak final exam...
so dhiya memberi sepenuh perhatian lah pd exam kan...
sekarang dah start cuti sem kan...
dah setengah cuti dah...
tp x dew mood plak nak update blog...
hari niyh baru mood itu datang....
wakakakak ayat kau x boleyh blah lah dhiya...=p
so far dhiya x dew ape yg nak dsharekan...
nanti dhiya update dgn cerita2 terbaru ea...=)

bubye and salam...